sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Khamis, 23 September 2010

Suspek kes Sosilawati jalani ujian DNA

Lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dipercayai bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Turut dibawa menjalani ujian itu ialah tiga individu lain.

Imbas kembali, Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Kesemua mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Suspek-suspek dan tiga individu itu tiba di perkarangan Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital itu kira-kira pukul 3 petang menaiki sebuah trak polis yang diiiringi dua buah kereta peronda polis. Mereka dibawa dari Pusat Tahanan Bukit Jalil untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) itu dikawal ketat oleh pihak polis. Kesemua suspek dibawa pergi oleh pihak polis lebih kurang pada jam 5.

1 ulasan: