sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Ahad, 1 Ogos 2010

Krisdayanti berCIUM


Dalam menidakkan hubungan cinta dengan Raul Lemos,seorang ahli perniagaan yang berjaya, penyanyi kontroversi Indonesia, Krisdayanti atau KD tanpa perasaan malu bercium dengan lelaki itu di depan khalayak.


Ciuman mesra KD dengan Raul berlaku ketika mereka menghadiri sidang media di Radio Dalam, Jakarta Selatan. Raul pada masa itu kelihatan gementar dan penuh emosi. Pada masa itulah, KD dengan gaya penuh manja mencubit pipi Raul dan mengucup bibirnya.


Apalagi, terkejut beruk para wartawan yang hadir. KD sekali lagi mengucup bibir Raul setelah dipinta berbuat demikian oleh para wartawan.


Menurut sumber, Raul dikatakan sudah menjatuhkan talak ke atas isterinya, Silvalay Noor Artalita, dan mahu mengahwini Krisdayanti.


Raul Lemos dikatakan menjadi punca penceraian KD dengan Anang sudah bersedia mengahwini KD di Timur Leste...

1 ulasan: