sila klik untuk kehidupan lebih bahagia

Ahad, 15 Ogos 2010

Berita terkini - Suami mengamuk ditembak mati

Apa sudah jadi dengan dunia hari ini.. Seorang suami menetak isterinya hingga mati dan menyerang dua orang anak perempuannya.

Kejadian dilaporkan berlaku di Taman Mawar, Langkap, Teluk Intan, Perak pada 5.15 pagi. Amukan suami itu berakhir pada jam 8.30 pagi apabila dia ditembak mati oleh anggota polis kerana menyerang pihak polis dengan parang.

Dalam kejadian itu, isterinya maut ditetak manakala anak perempuan putus dua batang jari dan seorang lagi tidak cedera.

Motif serangan masih tidak diketahui.

1 ulasan:

  1. Dari berita yg saya baca di satu blog..lelaki itu ada mental problam..

    BalasPadam