sila klik untuk kehidupan lebih bahagia
Jumaat, 23 Julai 2010
sabah-percutian menarik
pada 1 julai yang lalu, pakcik dan kawan-kawan pakcik berjalan ke sabah. dari lctt sepang, pakcik agak teruja sebab tidak pernah ke sabah. dan keterujaan pakcik tu berbaloi sebab sabah lebih indah yang dari pakcik bayangkan. setiba di terminal dua kota kinabalu, kami menaiki limosin ke le meridian hotel. sewa bilik hotel dengan pemandangan laut cukup indah dan berbaloi. pakcik ke tanjung aru untuk menikmati seafood tapi memang agak mahal. kawan pakcik mencadangkan kami ke pasar philipina untuk membeli makanan mentah dan dimasak sendiri. ternyata harga yg ditawarkan di pasar itu cukup murah, boleh dikatakan tidak dapat di tandingi oleh mana-mana pasar di kuala lumpur. pakcik cuba-cuba juga mendaki gunung kinabalu namun tidak berjaya. pendek kata, sabah terutama kota kinabalu merupakan tempat yang serba serbi lengkap. dari pada keindahan alam, hingga kemodenan yang telah berlaku di sabah, keduanya menunjukkan keseimbangan. visit sabah. hehe
Label:
1borneo,
gunung kinabalu,
kota kinabalu,
pasar philipine,
percutian,
sabah,
seafood,
sepilok,
tanjung aru,
visit sabah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan